Saturday, April 10, 2010

pendudukan jepun di tanah melayu berjayakah membangkitkan semangat nasionalisme

PERMULAAN DAN CARA PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah
Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih.
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila
Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.


Titik hitam 8 Disember - 18 Disember 1941
Jepun mendarat di
Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara.

Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang
Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.

Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke
Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.


SEBAB-SEBAB KEJAYAAN TENTERA JEPUN

PERSIAPAN PERANG YANG RAPI DAN TERATUR


KELENGKAPAN PERANG YANG CANGGIH DAN SESUAI DENGAN PERSEKITARAN TEMPATAN

-STRATEGI PERANG YABG SESUAI

-PAKATAN KERJASAMA DENGAN SIAM

-KELEMAHAN TENTERA BRITISH

-KEJAYAAN MENGGUNA SLOGAN-SLOGAN UNTUK MERAIH SOKONGAN PENDUDUK TEMPATAN.


Takrifan Konsep Nasionalisme
SEMANGAT NASIONALISME
Semangat kebangsaan berlaku akibat kesan dasar pemerintahan ketenteraan Jepun.Dasar ini lebih kejam dan menjadikan hidup rakyat lebih sengsara dan mereka cuba bangkit menentang demi semangat nasionalisme.kesan-kesan ini terbahagi kepada beberapa aspek seperti sosial dan politik.




DASAR PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU:


1.Mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum ini
2. Menukarkan nama akhbar tempatan kepada nama Jepun seperti Malai Shimbun untuk Utusan Melayu
3. Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar dan nilai budaya Jepun diperkenalkan
4. Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu. Kebebasan hanya diberi kepada pertubuhan yang menyokongnya & yang bergerak di bawah pengawasan Jepun
5. Ahmad Boestamam telah menubuhkan Barisan Pemuda di Perak bagi menyatukan pemuda-pemuda Melayu dilatih berkawad sebagai tentera sukarela Jepun
6.Akibat tekanan Jepun – gerakan menentang Jepun telah berlaku











Kesan sosial

1. Layanan berbeza diberi kepada penduduk tempatan.semua kaum iaitu orang melayu,india,dan cina mengalami penyeksaan,penderitaan,kebuluran,ketakutan,dan pengangguran

2. Kaum cina menderita akibat kezaliman dan penyeksaan askar-askar jepun.akibatnya ramai orang cina yang melarikan diri ke pingir-pinggir hutan dari dibelenggu oleh seksaan jepun.mereka menampung keperluan asas mereka dengan menanam sayuran,dan menternak binatang.


3. Walaupun layanan yang agak baik diberi kepada melayu dan india tetapi ada juga di antara mereka yang dihantar ke siam untuk membina keretapi maut.

4. Kebuluran akibat kekurangan makanan semakin berleluasa dalam kalangan penduduk tempatan.Bekalan beras yang menjadi keperluan asas tidak dapt kerana disekat akibat perang dunia kedua.

5. Tahap kesihatan penduduk bertambah teruk dengan kemunculan penyakit-penyakit tropika seperti:-
· Wabak taun
· Beri-beri
· Malaria
Ubat-ubatan yang dibawa hanya untuk tentera jepun sahaja

6. Sikap dan layanan yang berbeza menyebabkan permusuhan antara kaum di antara mealyu dan cina.contohnya,pihak jepun menggunakan orang-orang melayu dalam ketenteraan untuk mengesan orang-orang cina yang anti jepun.keadaan ini menyebabkan tiada sesiapa yang dapat mempercayai orang lain dan masing-masing dalam keadaan curiga.

7. Semua sekolah menggunakan bahasa jepun sebagai bahasa pengantar
Dan LINGUA FRANCA dalam seluruh Negara.

8. Kebudayaan jepun disebarkan melalui system pendiddikan jepun.orang tempatan diajar adat istiadat dan lgu kebangsaan jepun “kami gayo”

NASIONALISME SECARA KETENTERAAN:-

Penentangan penduduk atau kebangkitan nasionalisme tanah melayu kerana keganasan tentera jepun memberi peluang kepada british dari segi pollitik dan british menggunakan penduduk tempatan dengan menubuhkan pasukan ketenteraan (MPAJA)Malayan People Anti Japanese Army.


BRITISH MENUBUHKAN MPAJA UNTUK MEMBANTU PERJUANGAN TANAH MELAYU:-
a. Parti Komunis Malaya telah menubuhkan Malayan People’s Anti-japanese Army (MPAJA) untuk menentang Jepun dan disokong oleh British(memberikan bantuan senjata) & bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun. Pasukan Bintang Tiga ditubuhkan(keahliannya yang terdiri daripada– Melayu, Cina dan India)
b. Orang Melayu menubuhkan Force 136 dan Pasukan Wataniah di PahangAnggotanya terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British Bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah, Johor dan Pahangc.Pasukan Wataniah Pahang merupakan pasukan sukarela menentang JepunAnggotanya terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yang sedar tentang penindasan Jepun. 7.Ibrahim Yaakob meminta Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama Indonesia sebelum kekalahan Jepun yang bersesuaian dengan matlamat asal KMM iaitu menubuhkan Melayu Raya @ Indonesia Raya Melayu Raya@ Indonesia Raya.Slogan dan cita-cita politik sebahagian kecil orang Melayu sahaja Menghidupkan empayar Melayu seperti Majapahit atau Melaka Idea ini dimulakan di Maktab Perguruan Sultan Idris oleh Abdul Hadi Hassan, pensyarah Ilmu Tarawikh di MPSI.

No comments:

Post a Comment